Monday, June 6, 2011

Hebatnya Kuasa Istikharah



Hebatnya Kuasa Istikharah
Terbitan: PTS Millennia Sdn. Bhd.
M/surat: 172
Harga: RM11.90

Buku ini memang bagus bagi mereka yang nak tahu dengan lebih lanjut semua yang berkisar mengenai solat istikharah. Start daripada  niat, cara2 bersolat, doa selepas bersolat istikharah, kenapa perlunya kita melakukannya, panduan mendapat petunjuk, petanda dalam mimpi, kesan sesudah melaksanakan solat istikharah semuanya terdapat dalam buku ini..  Memanfaatkan solat istikharah sebagai penghubung antara ikhtiar manusia dan ketetapan Tuhan.. Terdapat banyak contoh dan pengajaran diselitkan bagi memberi gambaran yang lebih mudah untuk pembaca memahaminya..

Ringkasan daripada buku ni...

Solat istikharah:
Solat sunat 2 rakaat yang dilakukan dengan tujuan meminta ataupun memohon pilihan yang terbaik dan sesuai dengan kehendak Allah. Melalui perlaksanaan solat ini hati menjadi mantap dan tidak menyesal dengan pilihan yang dibuat..

Apabila Allah mengkehendakinya, Dia memberi petunjuk dengan memperlihatkan tanda daripada pilihan terbaik. Petunjuk itu datang mungkin dalam bentuk ketetapan hati ataupun mimpi. Hasil solat istikharah adalah petunjuk daripadaNya...

hasil solat istikharah juga dapat disaksikan daripada 2 segi:

1. Perkara yang menjadi persoalan dijauhkan daripadanya. Allah menjauhkan dirinya daripada perkara yang merbahayakan.
2. Perkara yang menjadi persoalan dimudahkan untuknya. Jika keputusan yang harus dibuat itu menjadi kebaikan untuknya di masa hadapan maka Allah akan memudahkan segala urusannya..

Kesan sesudah melakukan solat istikharah?

Segala kekeliruan, salah tanggapan dan persoalan mengenai konsep solat istikharah dapat dirungkai dalam buku ini... Hebatnya Kuasa Istikharah juga mengadun aspek iktiar manusia dalam membuat keputusan dan pemilihan tindakan berdasarkan ketetapan Ilahi. Semoga kita kekal optimis dan sentiasa percaya kepada hikmah atas segala kejadian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...